Keputusan SPM 2025 Akan Diumumkan 31 Mac Ini – KPM
PUTRAJAYA, 12 Mac 2026 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada Selasa, 31 Mac 2026, bermula jam 10.00 pagi. Menurut kenyataan KPM, seramai 413,299 calon telah menduduki peperiksaan tersebut di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara. Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan secara terus daripada sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada tarikh berkenaan. Bagi calon persendirian, mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk mendapatkan keputusan. Selain itu, calon boleh menyemak keputusan melalui kaedah berikut: KPM menasihatkan pihak sekolah supaya mengurus penyerahan keputusan kepada calon secara cekap dan teratur. Tahniah kepada semua calon SPM 2025! Semoga keputusan yang diperoleh menjadi titik tolak kejayaan dan pencapaian lebih gemilang pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, calon boleh merujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan atau portal semakan keputusan tersebut.
Keputusan SPM 2025 Akan Diumumkan 31 Mac Ini – KPM Read Post »