Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Tahun 2026

IPOH, 12 Mac 2026 – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), dengan ini memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi tahun 2026 akan diadakan seperti butiran berikut:

  • Tarikh : 14 Mac 2026 (Sabtu)
  • Masa : Bermula jam 2.00 petang
  • Tempat : Dewan Besar STAR, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak

Mesyuarat ini adalah platform penting bagi ibu bapa/penjaga, guru serta ahli PIBG untuk membincangkan laporan aktiviti tahunan, pencapaian sekolah, cadangan pembangunan, pelantikan jawatankuasa baharu serta perkara-perkara berkaitan kesejahteraan dan kemajuan pendidikan pelajar STAR.

Semua ahli PIBG, ibu bapa/penjaga pelajar serta warga guru dijemput hadir secara penuh untuk memberikan input dan sokongan demi kecemerlangan berterusan sekolah berprestij ini. Kehadiran anda amat dihargai kerana ia mencerminkan komitmen bersama dalam membentuk generasi unggul berlandaskan moto sekolah: “Ilmu Panduan Hidup”.

Kehadiran anda adalah tunjang kekuatan PIBG STAR! Mari sama-sama kita pastikan masa depan pelajar-pelajar kita lebih cemerlang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top