Home Articles Downloads Web Links
October 23 2017 13:56:33   
Menu Utama
Home
Articles
Downloads
Web Links
Blog Briged Bestari
Blog Pusat Sumber Bestari
Search

Tinta Pengetua
Sejarah STAR
Latar Belakang STAR
Profil Sekolah
PIBG STAR
Staf Akademik
Staf Sokongan
Tokoh STAROBA
Pelan Sekolah
Lagu Sekolah


S.T.A.R HOMESTAY





CONTACT NO:
S.T.A.R ADMIN OFFICE : 055457733
MRS. FAIZAH ISMAIL : 0135215508
MR. RAHIM : 0174611709

Users Online
Guests Online: 1
No Members Online

Registered Members: 1,948
Unactivated Members: 7365
Newest Member: captain kasanova
STAROBA


Profil Sekolah
1. Visi Sekolah

Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Bertaraf Dunia


2. Misi Sekolah

1. Menyediakan Suasana Pembelajaran Sepanjang Hayat Yang Kondusif Dan Kelengkapan Prasarana Moden

2. Memperkasakan Keterampilan Pelajar Bertaraf Global Dengan:

*Menguasai Mengaplikasi Dan Menyampaikan Ilmu Sains Dan Teknologi Terkini

*Menghayati Nilai Spiritual Dan Menghargai Nilai Estetika

*Membina Fizikal Yang Tegap, Cergas Dan Mendominasi Aktiviti-Aktiviti Di Luar Bilik Darjah

*Memantapkan jati diri Dan Semangat Patriotisme Berlandaskan Nilai Ketimuran

*Melahirkan pemimpin yang berkualiti Dan Holistik


3. Moto Sekolah

“Ilmu Panduan Hidup”

Slogan Sekolah

“STAR MOVING FORWARD”


4. Falsafah Sekolah

Pendidikan adalah satu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecermelangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan Negara.


5. Matlamat Sekolah

* Untuk memberi peluang pelajar-pelajar berpotensi bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur dan sempurna.
* Untuk memperbanyakkan pelajar bumiputera mendapat pelajaran dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan negara.
* Untuk memberi latihan kepimpinan dan kemasyarakatan.
* Untuk membina akhlak dan nilai-nilai hidup yang sesuai bagi memenuhi kehendak Malaysia bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu, beriman dan beramal.
* Untuk menanam kesedaran dikalangan kakitangan pengurusan dan tenaga pengajar supaya berusaha kearah penghayatan dan pencapaian Sekolah Berasrama Penuh(SBP).
* Untuk mengadakan segala kemudahan pembelajaran bagi mewujudkan iklim persekolahan yang baik supaya matlamat kecemerlangan dapat dicapai.
* Untuk menjadikan STAR sebagai institusi yang sempurna dan yang boleh dibanggakn bagi memungkinkan pelajar mencapai tahap kecemerlangan dari segenap bidang.


6. Piagam Pelanggan

Bahawasanya kami guru dan staf Sekolah Tuanku Abdul Rahman akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk :

* Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum
* Mendidik pelajar supaya mmpunyai sahsiah yang cemerlang dan terpuji.
* Menjana potensi pelajar bagi melahirkan kepimpinan yang unggul.
* Menerapkan budaya teknologi maklumat bagi memudahkan pelajar mendapat ilmu.
* Menentukan tempat kediaman pelajar dan aktiviti harian pelajar sentiasa kemas dan teratur.
* Memastikan persekitaran yang ceria, bersih dan menarik.
* Mewujudkan hubungan yang baik antara ibu bapa dengan warga sekolah.


7. Logo Sekolah

<LOGO STAR photo 1 logo star riben biru copy_zpsbuuwwih2.gif>


8. Sejarah Sekolah

Tanggal 2 Januari 1957 merupakan tarikh keramat yang tidak luput dalam ingatan warga STAR. Tarikh ini begitu sinonim sekali kepada kita kerana pada tanggal inilah sekolah elit yang dibina di Baeza Avenue (Jalan Ashby, Ipoh). Bangunan bekas kem tentera ini dibina bertunjangkan objektif yang begitu murni sekali. Antaranya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar luar bandar untuk melanjutkan pelajaran dengan fasiliti yang lebih sempurna.

Sekolah Tuanku Abdul Rahman dirasmikan pembukaannya oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 23 September 1958 setelah berpindah ke tapak baru seluas 46 hektar di Lorong Harimau (kini Jalan Sultan Azlan Shah). Beliau menamakan sekolah ini dengan nama Sekolah Tuanku Abdul Rahman bersempena nama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

49 tahun menyaksikan pelbagai perubahan yang bermakna kepada sekolah ini. Projek-projek menaiktaraf sekolah telah dijalankan. Pada tahun 2007, STAR akan menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke 50 atau Jubli Emas penubuhannya. Diharapkan STAR akan terus bersinar di persada pendidikan negara.

Jam
Login
Username

Password



Lupa Kata Laluan?

Belum Mendaftar?
daftar sekarang !!

Kalendar Sekolah
MonTueWedThuFriSatSun
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

Pautan




Bestari
Karangkraf
Muat Turun Terkini
(Sila halakan cursor kepada pautan muat turun untuk paparan tajuk penuh.)
Lampiran maklumat p... 810
Surat makluman pend... 449
senarai panggil tem... 1706
Modul sejarah ting.... 1045
LATIHAN SEJARAH TIN... 1145
LATIHAN SEJARAH TIN... 1037
LATIHAN P.ISLAM CUT... 1856
BORANG USUL PIBG 2015 1573
SESI PENDAFTARAN TI... 2155
MAKLUMAT PENDAFTARA... 1943