Majlis Penyampaian Biasiswa , Zakat Dan Sumbangan Aidilfitri Yayasan Tun Hamdan
Posted by webstar on May 15 2019 14:19:59
yayasan-tun-hamdan16mei2019
Majlis Penyampaian Biasiswa , Zakat Dan Sumbangan Aidilfitri Yayasan Tun Hamdan akan diadakan pada 16 Mei 2019 bertempat di Dewan Besar STAR.

Penubuhan Yayasan Tun Hamdan dari sejarahnya merupakan satu usaha untuk mengenang jasa dan sumbangan besar serta mengabdikan idea, aspirasi, perjuangan dan pengorbanan Tun Hamdan Sheikh Tahir sebagai seorang Tokoh Pendidikan Negara dan Negarawan.

Allahyarham Tun Hamdan merupakan guru besar pertama Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh selain daripada pernah berkhidmat sebagai guru besar di SMK Iskandar Shah, Parit dan SMK Clifford, Kuala Kangsar.