MAJLIS GRADUASI PELAJAR TINGKATAN 5 TAHUN 2018
Posted by webstar on December 04 2018 22:12:00
Assalamualaikum wbt

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa MAJLIS GRADUASI DAN PENYERAHAN KEMBALI SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 KEPADA IBU BAPA akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 7 Disember 2018 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Besar STAR Ipoh

Sehubungan itu, semua ibu bapa / waris pelajar tingkatan 5 tahun 2018 dijemput hadir ke majlis tersebut bagi meraikan anak-anak pelajar serta mengambil mereka kembali ke rumah masing-masing. Asrama hendaklah dikosongkan selewat-lewatnya jam 6.00 petang pada hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.