INFO TERKINI, Bil:2 /2018 - 25 OKTOBER, 2018(KHAMIS)
Posted by webstar on October 25 2018 22:54:29
MAKLUMAT PENTING 2

Assalamualaikum WBT

1. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, SEMUA PELAJAR TINGKATAN 2 juga diminta untuk pulang ke rumah masing-masing pada minggu ini bagi mengelakkan penularan penyakit 'mumps' atau beguk yang hanya dialami oleh pelajar tingkatan 1 dan 2.

2. Sehubungan itu, semua pelajar tingkatan 1 dan 2 dibenarkan pulang pada hari Jumaat (26 Oktober 2018) selepas tamat sesi persekolahan iaitu jam 12.30 tengah hari. kembali ke asrama pada hari Ahad (11 November 2018) sebelum jam 6.00 petang.

3. Pelajar yang terlibat dengan TIMMS iaitu kelas 2S diminta kembali ke sekolah pada 30 Oktober 2018 (Selasa) selepas jam 6.00 petang kerana akan mengambil peperiksaan tersebut pada 1 November 2018 (Selasa). Kehadiran pada waktu tersebut adalah diwajibkan.

Kerjasama semua ibu bapa diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.