INFO PULANG BERMALAM BULAN SEPTEMBER 2018
Posted by webstar on August 16 2018 11:16:57
1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa cuti Pulang Bermalam 5 pada 15-16 September 2018 telah dijadualkan semula pada 8-11 September 2018 kerana Cuti Umum Hari Keputeraan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong dan Awal Muharam 1440h.

2. Sehubungan itu, hanya pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 dibenarkan pulang pada minggu tersebut. Pelajar tingkatan 3 dan 5 tidak dibenarkan pulang kerana ada program akademik.

3. Pelajar hanya dibenarkan pulang pada hari Jumaat (7 September 2019) selepas solat Jumaat serta kembali ke asrama pada hari Selasa (11 September 2018) sebelum 6.00 petang.

4. Mohon kerjasama ibu bapa untuk memastikan semua pelajar mematuhi etika pakaian keluar masuk kawasan sekolah serta mengimbas kad pelajar di pondok pengawal. Ibu bapa juga boleh menghubungi warden En. Syafarizwan (+6019514 7736) sekiranya memerlukan bantuan untuk membeli tiket.

Kerjasama semua ibu bapa diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.