Cuti Umum Pilihan Raya, Rabu 09 Mei, 2018
Posted by webstar on May 07 2018 11:39:48
Sukacitanya dimaklumkan bahawa, sempena cuti umum pilihan raya 2018 pada hari Rabu (9 Mei 2018), ibu bapa dibenarkan untuk melawat anak-anak sahaja pada jam 12.00 tgh - 6.00 ptg. Tidak dibenarkan untuk membawa keluar atau 'outing' pada hari berkenaan untuk memberi ruang kepada mereka untuk membuat persediaan bagi menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018.

Terima kasih.