CUTI PULANG BERMALAM & cuti pertengahan tahun / sambutan Aidilfitri 2018
Posted by webstar on May 07 2018 10:08:45
Assalamualaikum WBT

1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa cuti Pulang Bermalam 3 pada 19 - 20 Mei 2018 telah dijadualkan semula pada 26 - 27 Mei 2018 kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 dipercepatkan mulai 14 Mei 2018.

2. Sehubungan itu, semua pelajar tingkatan 1 - 5 dibenarkan pulang pada minggu tersebut untuk meraikan Ramadhan 1439h bersama keluarga tercinta serta membuat persiapan menyambut Syawal 1439h.

3. Pelajar hanya dibenarkan pulang pada hari Jumaat (25 Mei 2019) selepas solat Jumaat serta kembali ke asrama pada hari Ahad (27 Mei 2018) sebelum 6.00 petang.

4. Dimaklumkan juga cuti pertengahan tahun / sambutan Aidilfitri ialah pada 9 - 24 Jun 2018. Pelajar dibenarkan pulang pada 8 Jun 2018 (Jumaat) selepas SOP tutup asrama serta kembali ke asrama pada 24 Jun 2018 (Ahad) sebelum jam 6.00 petang.

Mohon kerjasama ibu bapa untuk memastikan semua pelajar mematuhi etika pakaian keluar masuk kawasan sekolah serta mengimbas kad pelajar di pondok pengawal. Ibu bapa juga boleh menghubungi warden En. Syafarizwan (+6019514 7736) sekiranya memerlukan bantuan untuk membeli tiket.

Kerjasama semua ibu bapa diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.