Peringatan : SMARTPHONES / TELEFON PINTAR DILARANG bawa ke STAR.
Posted by webstar on December 30 2017 12:23:19
Assalamualaikum wbt

Peringatan : SMARTPHONES / TELEFON PINTAR DILARANG bawa ke STAR.

Dimaklumkan bahawa dalam saat-saat akhir ini anak tuan/puan akan kembali ke STAR, pihak sekolah SANGAT MEMERLUKAN KERJASAMA ibu bapa penjaga agar dapat menguruskan telefon bimbit yang dibawanya ke sekolah hanya telefon bimbit biasa dan BUKANNYA telefon pintar.

Setiap telefon perlu didaftarkan dengan pihak sekolah dalam minggu pertama persekolahan.Pelajar yang melanggar peraturan akan dicatatkan dalam rekod peribadi masing-masing.

Telefon pintar yang dijumpai akan disimpan oleh pengetua hingga bulan DISEMBER 2018.

Kerjasama yang diberikan oleh semua ibu bapa amatlah dihargai.

"TELEFON PINTAR MEMANG PINTAR, TAPI PINTARKAH ANAK KITA MENGAWAL PENGGUNAANNYA"

HJ. ABDUL HASHIM ABDUL KARIM
30 Disember 2017