Majlis Anugerah Cemerlang 2007
Posted by noridah on August 10 2007 08:32:37
Majlis Makan Malam dan Hari Anugerah Cemerlang 2007 Sempena S.T.A.R 50 Tahun akan diadakan pada 17 Ogos 2007, hari Jumaat jam 8.00 malam bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis tersebut akan disempurnakan oleh YBhg Dato' Haji Alimuddin Bin Mohd Dom, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia. Majlis ini dianjurkan oleh S.T.A.R dan PIBG. Individu yang berminat boleh menghubungi Urusetia di talian 05- 5457733 ( Pn Kamariah ) dan 019 3554064 ( Pn Noridah ) untuk pertanyaan dan pembelian meja RM 100.00 seorang individu. Harap maklum.